Input your search keywords and press Enter.

MALBATT 850-8 Pasukan Antarabangsa Cemerlang

Selepas 13 tahun menyertai misi di bawah Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB), kontinjen Malaysia Battalion 850-8 (MALBATT 850-8) buat pertama kalinya menerima sijil pengiktirafan ‘Environmental Complience’ sekali gus membuktikan keupayaan dan kemampuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sepanjang penugasan di Lubnan, kontinjen MALBATT 850-8 juga diiktiraf sebagai batalion terbaik di bawah sektor barat dan juga dijadikan sebagai model contoh kepada batalion lain.

Ini satu pengiktirafan dan penghargaan kepada negara secara khususnya bagi semua kem MALBATT iaitu Kem Marakah, Kem Tibnin, Kem Harris dan Entry Point (EP) – PAT

Sepanjang penugasan di Lubnan, kontinjen ini sudah mempamerkan disiplin dan mutu kerja yang cemerlang sehingga mendapat pelbagai pengiktirafan daripada Markas UNIFIL sekali gus membuktikan keupayaan serta kemampuan ATM dalam melaksanakan misi pengaman di peringkat antarabangsa.

MALBATT 850-8 juga berjaya mengekalkan reputasi baik selaku pasukan pengaman yang disegani oleh masyarakat setempat dan antarabangsa.

Sebagai mengiktiraf segala usaha yang ditunjukkan oleh MALBATT 850-8, ATM menganugerahkan Anugerah Kecemerlangan kepada MALBATT 850-8 yang menyertai misi ini sejak 2007 lalu.