Input your search keywords and press Enter.

Penjawat Awam Wajib Lengkap Vaksinasi

Penjawat awam yang sudah menerima vaksinasi lengkap sahaja dibenarkan berurusan secara terus dengan orang ramai.

Ia seiring dengan syarat vaksinasi COVID-19 lengkap, yang ditetapkan kepada orang awam untuk berurusan di pejabat kerajaan – Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman

Syarat vaksinasi lengkap itu bukan sahaja membabitkan kakitangan di barisan hadapan atau kaunter, malah merangkumi semua penjawat awam.

Masuk pejabat kerajaan semua kena vaksin, tak kanlah penjawat awam tidak divaksin?

Ketua jabatan urus yang mana tidak divaksin ini dengan cara tersendiri. Ada yang perlu dipindahkan ke tempat lain.

Ketika ini, pihak JPA sedang memadankan data yang ada di JPA dengan data di Kementerian Kesihatan (KKM), termasuk nama penjawat awam yang sudah mendaftar melalui MySejahtera tetapi belum mendapatkan vaksinasi.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 2021 dikeluarkan JPA pada 18 Oktober lalu, menetapkan tindakan tata tertib atau ditamatkan perkhidmatan boleh diambil terhadap penjawat awam yang tidak mematuhi arahan daripada Ketua Jabatan untuk mendapatkan dos vaksin COVID-19 selepas 1 November 2021.

Mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (PU(A) 395/1993), antara bentuk hukuman tata tertib yang boleh dikenakan kepada pegawai awam adalah amaran, denda, dilucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat atau dibuang kerja.

Penjawat awam juga berdepan hilang kelayakan untuk dipertimbang kenaikan pangkat bagi tempoh tertentu mengikut jenis hukuman, seperti amaran (12 bulan), denda (18 bulan), lucut hak emolumen (24 bulan), tangguh pergerakan gaji (30 bulan), turun gaji (36 bulan) dan turun pangkat (48 bulan).

JPA turut memaklumkan seramai 16,902 atau 1.6 peratus penjawat awam belum mendaftar bagi mendapatkan pelalian berkenaan setakat 30 Oktober lalu.

Sumber : BH