Peningkatan semula kluster membabitkan institusi pendidikan tidak boleh dipandang ringan memandangkan individu daripada pelbagai isi rumah akan berada dalam ruang dan waktu yang sama.
Ketidakpatuhan individu terhadap prosedur operasi standard (SOP) kerajaan akan mencetuskan kluster yang tidak diingini – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Data yang diperoleh mendapati terdapat pertambahan 16 kluster baharu membabitkan institusi pendidikan, iaitu 12 daripadanya berlaku di sekolah menengah dan institusi pendidikan tinggi.
Kementerian Pendidikan (KPM) turut mempunyai SOP yang ditetapkan yang perlu dipatuhi oleh guru, petugas, pelajar dan pekerja sokongan.
Pematuhan SOP oleh setiap individu ini adalah amat penting untuk memastikan tidak berlaku jangkitan COVID-19 dan penularan jangkitan di sekolah serta selanjutnya boleh menyebabkan berlaku dalam keluarga dan komuniti.
Pematuhan ini bukan sahaja penting pada waktu pembelajaran di dalam kelas dan ketika di dalam sekolah, malah penting juga ketika waktu rehat, waktu menjalankan aktiviti fizikal seperti bersukan, waktu masuk dan pulang dari sekolah, di dalam van dan bas sekolah, serta semasa menjalankan aktiviti harian di dalam komuniti.