Input your search keywords and press Enter.

Sistem Haji E-Learning Untuk Jemaah

Lembaga Tabung Haji (TH) akan membangunkan sistem Haji e-Learning bermula bulan ini, dengan peruntukan hampir RM3 juta bagi memperkasa cara penyampaian bimbingan ibadat haji kepada jemaah.

Inisiatif digitalisasi itu adalah selaras dengan Kerangka Kerja Haji 2021-2025, selain menjadi satu keperluan pada situasi pandemik ketika ini – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad

Sudah tiba masanya bakal haji Malaysia melengkapkan diri mereka dengan kemahiran teknologi dan terbuka kepada cara baharu untuk menunaikan haji. Jika dilihat pada musim haji 2019 dan 2020, kerajaan Arab Saudi juga sudah memulakan proses urusan haji mereka secara dalam talian bermula daripada permohonan haji hingga pemilihan dan saluran makluman terkini kepada bakal haji terpilih.

Dalam situasi pandemik, cara pembelajaran secara dalam talian bukan sahaja seiring dengan keperluan zaman teknologi, malah menjadi sebahagian daripada norma baharu kehidupan hari ini.

Sumber : BH