Input your search keywords and press Enter.

Harga Barang Keperluan Dijangka Stabil

M Update, 14/12/2021 – Pengguna tak perlu risau dan bimbang terhadap kenaikan harga barangan keperluan yang menjadi isu kebelakangan ini. Kini harga barangan sudah mula menunjukkan penurunan dan dijangka stabil pada bulan Januari 2022.

Kestabilan harga itu akan menerima kesan positif daripada pembukaan dan pemulihan ekonomi dunia pada 2022.

Sejak awal Disember lalu, kerajaan mengumumkan pelbagai usaha dan tindakan proaktif dalam menangani isu kenaikan harga barangan keperluan.

Pelbagai langkah yang telah diambil antaranya Ops Menu, Ops Pasar, Inisiatif Kawalan Harga & banyak lagi dan langkah-langkah tersebut dijangka memberi kesan kepada kestabilan harga barangan keperluan pasaran domestik.