Input your search keywords and press Enter.

COVID-19 : Pendaftaran Bersyarat Ronapreve Lulus

M Update, 14/12/2021 – Pendaftaran bersyarat bagi produk Ronapreve Solution for Injection or Infusion sebagai rawatan dan pencegahan COVID-19 di negara kita telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Walaubagaimanapun, produk Ronapreve itu tidak bertujuan untuk digunakan sebagai pengganti bagi vaksinasi COVID-19 dan tindakan kesihatan awam terutamanya pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Kelulusan pendaftaran bersyarat itu memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa, bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi Ronapreve kekal positif.

Pemegang pendaftaran bagi produk Ronapreve yang mengandungi bahan aktif Casirivimab dan Imdevimab pada kekuatan 120mg/ml itu ialah Roche (Malaysia) Sdn Bhd dan ia dikilangkan oleh F.Hoffman-La Roche Ltd, Switzerland.

Sumber : Bernama