Input your search keywords and press Enter.

Dewan Rakyat – Pindaan Akta 342 Jadi Tumpuan Hari Ini

M Update, 16/12/2021 – Hari ini merupakan hari terakhir sidang Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Keempat, Parlimen ke-14. Pindaan terhadap Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) akan menjadi tumpuan pada hari ini.

Pindaan itu mendapat tentangan sebilangan Ahli Parlimen dengan alasan denda dan kompaun yang dikenakan mengikut Rang Undang-Undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 itu adalah keterlaluan.

Rang undang-undang itu dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Selasa lepas antaranya bagi menaikkan kadar maksimum kompaun terhadap individu dan pertubuhan perbadanan yang melakukan kesalahan di bawah rang undang-undang berkenaan.

Mengikut rang undang-undang itu, individu yang melakukan kesalahan boleh dikompaun sehingga RM10,000 berbanding RM1,000 ketika ini, manakala kompaun sehingga maksimum RM1 juta bagi pertubuhan perbadanan.