Input your search keywords and press Enter.

PDRM – Tambah Baik Balai Polis, Kuaters & IPD

M Update, 16/12/2021 – Bagi mengukuhkan pengoperasian PDRM, penambahbaikan balai polis, kuarters dan ibu pejabat polis daerah (IPD) di beberapa negeri perlu dilaksanakan dan dalam perancangan Bukit Aman.

Penambahbaikan ini termasuk mengganti bangunan usang di beberapa negeri, dalam usaha melicinkan pentadbiran dan pengoperasiaan dan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat.

Pelan penambahbaikan juga turut melibatkan pembinaan 10 buah kuarters di Balai Polis Pulau Redang di Terengganu, pembinaan 18 buah pos Pasukan Gerakan Am (PGA) kontinjen IPK Selangor, selain pembinaan semula jeti markas operasi pasukan Polis Marin di Balai Polis Muar, Johor.

Kesemua projek ini akan dijalankan secara berperingkat, mengikut kelulusan bajet yang diberikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).