Input your search keywords and press Enter.

SOP Ketat Kemasukan Pekerja Asing

M Update, 16/12/2021 – Bagi mengekang risiko penularan COVID-19, Malaysia menyediakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat untuk kemasukan pekerja asing, iaitu membabitkan empat proses di mana pekerja asing mesti lengkap pelalian di negara asal dan dibawa masuk melalui laluan khas apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Pekerja asing kemudiannya akan dikuarantin di tempat khas yang disahkan Kementerian Kesihatan sebelum dipindahkan ke tempat kerja masing-masing dan disediakan tempat penginapan kondusif oleh majikan sebagai prasyarat mengikut Akta Standard Minimun Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja.

Pekerja asing yang dibawa masuk akan menjalani kuarantin 14 hari dan ujian saringan Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) pada hari pertama, ketiga, kelima dan ketujuh sebelum dipindahkan ke tempat kerja masing-masing.

Empat langkah diambil ini bagi memastikan kemasukan pekerja asing ke negara ini selamat.