Input your search keywords and press Enter.

3 Sungai Di Kelantan Melepasi Paras Amaran!

M Update, 17/12/2021 – Terkini setakat jam 8.00 pagi tadi, tiga sungai di Kelantan telah melepasi paras amaran susulan hujan berterusan di beberapa kawasan sejak tiga hari lepas.

Tiga sungai tersebut ialah Sungai Lebir di Kuala Koh, Gua Musang iaitu pada paras 71.76 meter (m), Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah (23.19 m) dan Sungai Kelantan di Kampung Jenob, Tanah Merah (23.28 m).

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) JPS telah mengeluarkan amaran banjir akan berlaku di beberapa lokasi di jajahan Kuala Krai, Jeli, Gua Musang, Tanah Merah dan Machang hari ini.

Waspada kepada semua penduduk di kawasan yang terlibat