Input your search keywords and press Enter.

COVID-19 : 97.6% Populasi Dewasa Lengkap Vaksinasi

M Update, 17/12/2021- Seramai 22,836,859 individu atau 97.6% populasi dewasa negara telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat jam 11.59 malam tadi.

Daripada jumlah itu, seramai 23,135,883 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi vaksinasi remaja pula, sejumlah 87.2 peratus atau 2,745,665 sudah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,840,018 atau 90.2 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Setakat ini, Jumlah kumulatif dos penggalak kini 5,452,251.