Input your search keywords and press Enter.

Gelombang Kedua – Bomba Siap Siaga

M Update, 17/12/2021 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menempatkan pasukan dan aset di beberapa lokasi di Sungai Gabai dan Sungai Lui, sebagai persediaan kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir di kawasan Hulu Langat, Selangor.

JBPM sudah menerima amaran awal daripada Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan berlaku hujan lebat di daerah itu hingga 29 Disember 2021.

JBPM sudah bersiap siaga untuk menggerakkan pasukan dan aset pada bila-bila masa. Persediaan dibuat di Bilik Gerakan Operasi Bencana Daerah bersama pasukan pengurusan bencana daerah.