Input your search keywords and press Enter.

Banjir Jeli : Urusan Perpindahan Berjalan Lancar

M Update, 31/12/2021 – Koordinasi teratur antara semua agensi dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) telah melancarkan urusan pergerakan mangsa banjir di Jeli ke pusat pemindahan sementara (PPS) sejak semalam.

Sikap penduduk Jeli yang patuh kepada arahan pemindahan dikeluarkan oleh pihak berkuasa melamcarkan lagi proses perpindahan ke PPS.

Apabila berlaku banjir teruk di beberapa negeri mungkin menjadi pengajaran kepada mereka (penduduk), mereka mengikuti maklumat banjir terutamanya ramalan cuaca dan penduduk akur terus berpindah ke PPS tanpa bantuan kecuali di kawasan tertentu,.

Penyelarasan semua agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan bekerjasama dengan rapat, tidak mempunyai masalah untuk menguruskan situasi banjir kepada penduduk yang terkesan.