Input your search keywords and press Enter.

Pahang – 6 Sungai Lepasi Paras Bahaya

M Update, 3/1/2022 – Menurut info JPS terkini, enam sungai di Negeri Pahang mencatatkan bacaan paras bahaya ketika ini. Sungai-sungai tersebut ialah Sungai Tanum di Jambatan Chegar Perah, Lipis yang merekodkan bacaan 98.10 meter (m) berbanding paras bahaya 98 m.

Sungai Pahang di Paya Gintong, Jerantut pula merekodkan 46.06 m berbanding 45 m; Sungai Pahang di Kuala Krau Temerloh dengan catatan 40.51 m berbanding 40 m; Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera dengan catatan 33.37 m berbanding 30.50 m.

Turut melepasi paras bahaya ialah Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran yang merekodkan bacaan 28.46 m berbanding 28 m manakala Sungai Pukin, Rompin dengan catatan 45.26 m berbanding 45 m.

Bagi penduduk yang berada di kawasan terlibat diharapkan lebih peka dan berwaspada.