Input your search keywords and press Enter.

Dungun : Polis Muka Markas Taktikal

M Update, 31/12/2021 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka sebuah markas taktikal di Kampung Jongok Batu, Hulu Dungun bagi memudahkan pengurusan mangsa gelombang ketiga banjir di Dungun.

Markas itu diwujudkan sebagai pusat operasi di lapangan, untuk mengkoordinasi dan menyelaraskan operasi bantuan yang melibatkan pelbagai agensi penyelamat. Antaranya termasuklah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Banjir gelombang ketiga yang melanda Terengganu sejak Khamis menyebabkan dua kampung di Daerah Dungun terjejas.

Sebanyak dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah diaktifkan bagi menempatkan serami 390 mangsa melibatkan 114 keluarga.