Input your search keywords and press Enter.

Perginya Seorang Lagenda Bola sepak

M Update, 31/12/2021 – Takziah kepada seluruh keluarga legenda bola sepak negara, Datuk M Kuppan yang meninggal dunia semalam. Diharapkan keluarga mendiang sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana sedih serta pilu itu.

Semua khidmat bakti, jasa serta pengorbanan mendiang kepada negara amat dihargai. Pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar kepada dunia bola sepak negara.

Sebagai jurulatih skuad kebangsaan, mendiang pernah membawa Malaysia memenangi Piala Raja Thailand sebanyak dua kali, iaitu pada 1975 dan 1976, serta memenangi Piala Merdeka pada 1976.