Input your search keywords and press Enter.

Banjir Sabah – Jumlah Mangsa Meningkat

M Update, 3/1/2022 – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh Sabah meningkat setakat 12 tengah hari ini kepada 3,398 orang, berbanding 2,435 orang pada awal pagi tadi. Ini melibatkan 1,236 ketua isi rumah yang ditempatkan di 27 PPS.

Enam daerah terjejas iaitu Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Telupid dan daerah kecil Paitan.

Proses penyelamatan masih giat dijalankan di Kampung Perancangan, Ranau ekoran daripada limpahan air sungai.