Input your search keywords and press Enter.

Kemalangan Curacao :UUM Hantar Wakil Keluarga Jumaat Ini

M Update, 3/1/2022 – Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menghantar waris kepada Nur Nabilah Mohd Azahar, 25, yang terlibat dalam kemalangan ke Curacao, Caribbean pada 7 Januari 2022.

Pihak universiti bersetuju untuk menghantar wakil keluarga pelajar berkenaan bagi melihat dan memberi sokongan moral kepada Nur Nabilah setelah mengadakan perbincangan bersama ibu bapa pelajar terbabit. UUM turut bekerjasama dengan Kedutaan Besar Malaysia di Venezuela dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Nur Nabilah yang merupakan pelajar Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dari Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM) terlibat dalam kemalangan ketika menjalani latihan industri di Dive Division Curacao, Caribbean pada 28 Disember 2021.

Sumber : Awani