Input your search keywords and press Enter.

COVID-19: Kes Pertama Omicron Di Sabah

M Update, 06/01/2022 – Seorang lelaki warga tempatan yang tiba di negara ini pada 19 Dis lepas selepas menunaikan umrah, merupakan kes positif pertama COVID-19 varian Omicron dikesan di Sabah, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.    

Lelaki berkenaan bersama isterinya menunaikan umrah pada 9 Dis hingga 18 Dis lepas dan kembali ke Malaysia pada 19 Dis melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Mereka kemudiannya tiba di Tawau pada 20 Dis dan diarah menjalani kuarantin di rumah, namun keputusan ujian penjujukan genom keseluruhan pada 4 Jan lepas menunjukkan lelaki tersebut positif varian Omicron.

Semasa disahkan positif COVID-19, suami pada Kategori 2 manakala isterinya Kategori 1. Mereka berdua telah selesai menjalani kuarantin pada 1 Jan lepas dan telah pulih daripada jangkitan virus COVID-19. Pasangan berkenaan telah menerima vaksin lengkap pada Jun tahun lepas dan kedua-duanya berada dalam keadaan sihat.