Input your search keywords and press Enter.

Penangguhan Umrah Bagi Menjaga Nyawa

M Update, 04/01/2022 – Kementerian Kesihatan (KKM) menangguhkan ibadah umrah buat sementara waktu berkuat kuasa Sabtu ini, untuk menjaga nyawa rakyat, kata Perdana Menteri.

Beliau akan mendapatkan laporan terperinci berkaitan keputusan KKM itu, yang akan dibentangkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Mesyuarat Khas Kabinet, esok.

“Esok saya akan dapatkan gambaran sebenar mengenai isu umrah ini. Cuma saya hendak maklumkan keputusan KKM lebih kepada untuk menjaga nyawa kita. Bagaimanapun pun esok saya mahu dapatkan laporan terperinci berhubung perkara itu terlebih dahulu,” – Ismail Sabri

Sabtu lalu, KKM menangguhkan ibadah umrah buat sementara waktu berkuat kuasa 8 Januari ini, berikutan penularan COVID-19 varian Omicron. Larangan ini akan kekal berkuat kuasa sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.