Input your search keywords and press Enter.

Dos Penggalak: Empat PPV Integrasi Beroperasi 15 Januari Ini

M Update, 07/01/2022 – Sebanyak empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) integrasi dengan kapasiti lebih besar akan mula beroperasi di Lembah Klang bermula 15 Januari ini bagi meningkatkan kapasiti pemberian vaksinasi dos penggalak.

Empat PPV integrasi terseut ialah PPV World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur, PPV Axiata Arena, Bukit Jalil; PPV IDCC, Shah Alam dan PPV Soka Gakkai, Klang.

Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempergiatkan pemberian vaksinasi dos penggalak kepada warga emas yang pada masa ini berada pada paras 52 peratus yang mana sasaran KKM dalam sebulan ini ialah 80 peratus warga emas menerima dos penggalak, manakala negeri yang masih terkebelakang dalam aspek itu akan diberi tumpuan.

Berkenaan pemberian dos penggalak tambahan, Menteri Kesihatan, Khairy berkata, perkara itu masih dalam kajian dan keperluan untuk berbuat demikian bukan bermakna vaksinasi COVID-19 tidak berkesan. Katanya, vaksinasi telah terbukti berkesan apabila ia menurunkan jumlah kes yang paling tinggi pada Ogos lalu sehingga sekarang namun apa yang tidak diketahui ialah selama mana ia berkesan.