Input your search keywords and press Enter.

Awas! Omicron Lebih Rancak!

M Update, 07/01/2022 – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa COVID-19 varian Omicron yang sudah mengorbankan banyak nyawa di seluruh dunia tidak boleh lagi dianggap ringan.

Ketuanya, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata rekod bilangan pesakit dijangkiti varian itu, yang lebih pantas merebak berbanding Delta di banyak negara.

Walaupun Omicron kelihatan kurang teruk berbanding Delta, terutamanya bagi mereka yang divaksinasi, tidak bermakna ia boleh dikategorikan sebagai ringan, “Sama seperti varian sebelumnya, Omicron menyebabkan lebih ramai orang terpaksa dimasukkan ke hospital dan ianya boleh membunuh.

“Malah, gelombang kes adalah sangat besar dan pantas, sekali gus boleh memberi tekanan kepada sistem penjagaan kesihatan di seluruh dunia, kata Tedros pada satu sidang media, Khamis.

Omicron sangat cepat menular dan berupaya menjangkiti individu lain walaupun sudah menerima vaksin sepenuhnya. Bagaimanapun, vaksin masih penting untuk kita kerana ia membantu melindungi daripada mengalami komplikasi teruk sehingga dimasukkan ke hospital.

Pastikan kita memakai pelitup muka dengan betul bagi melindungi diri daripada penyebaran virus dan bukan memakai pelitup muka di bawah dagu.