Input your search keywords and press Enter.

Mangsa Banjir di Johor Menurun, Pahang Kekal Tidak Berubah

M Update, 10/1/2022 – Alhamdulillah beberapa negeri telah mencatatkan penurunan jumlah mangsa banjir di PPS. Banjir Johor semakin pulih apabila mangsa banjir di negeri berkenaan menurun pagi ini.

Di Johor, jumlah mangsa banjir terus susut kepada 3,161 orang daripada 913 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 3,441 individu, petang semalam.

Manakal bagi Negeri Pahang pula, jumlah mangsa banjir kekal tidak berubah iaitu, seramai 141 orang di empat PPS di tiga daerah, dari malam tadi – Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Pekan mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 66 orang melibatkan mangsa banjir tengkujuh yang bermula pertengahan bulan lepas manakala mangsa di Rompin (40 orang) dan Maran (35 orang) merupakan mangsa bah gelombang kedua yang berlaku pada hari pertama 2022.