Input your search keywords and press Enter.

Agihan Bantuan Awal Persekolahan BAP 2022 Isnin Ini

M Update, 14/01/2022 – Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 seorang, akan diagihkan bermula Isnin ini kepada murid yang akan memasuki Tahun Dua hingga Tingkatan Lima daripada kalangan keluarga isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Pemberian BAP ini akan dibuat secara tunai atau dikredit ke akaun bank bagi murid yang mempunyai akaun bank.

Sekiranya pemberian secara tunai, pengagihan akan dilaksanakan di sekolah mengikut SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.

Murid Tahun Satu hingga Tingkatan Empat dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah yang sedang dalam sesi persekolahan bagi tahun 2021/2022 layak untuk menerima bantuan berkenaan. Manakala pemberian BAP akan dilaksanakan selepas proses pendaftaran selesai bagi murid Tahun Satu yang akan mula mendaftar masuk sekolah pada 21 Mac 2022.

Alhamdulilah syukur kerana pemberian BAP ini akan dapat membantu ibu bapa atau penjaga membuat persiapan awal anak-anak untuk memulakan persekolahan bagi sesi akademik 2022/2023. Jumlah BAP ini dinaikkan sebanyak RM150 berbanding RM100 yang diterima pelajar sebelum ini.