Input your search keywords and press Enter.

Jalan Raya Tertinggi Malaysia Kini Dibuka

M Update, 14/0/2022 – Laluan Jalan Berkembar Paya Terubong di Jalan Bukit Kukus kini telah dibuka kepada orang ramai mulai semalam, selepas mengambil tempoh selama enam tahun bagi disiapkan.

Jalan raya tertinggi di Malaysia itu dibina bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan trafik sebanyak 30 peratus dan memberi manfaat kepada kira-kira 60,000 pengguna jalan raya setiap hari. Laluan ini menjadi jalan alternatif kepada penduduk di kawasan Paya Terubong dan Air Itam menghubungkan ke kawasan Bukit Jambul, Bukit Gambir, Balik Pulau dan sekitarnya. – Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang

Turut disediakan lorong basikal di sepanjang jejambat jalan itu bagi memberi peluang kepada penggemar sukan berbasikal menjalankan aktiviti ini di jejambat tertinggi. Laluan yang dibuka adalah konsesi yang disiapkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) membabitkan laluan sejauh 3.825 kilometer (km) dengan kos sebanyak RM378.2 juta.

Apa yang menariknya projek ini terdapat satu laluan dengan ketinggian 61.5 meter menjadikan ia sebagai jalan raya paling tinggi di Malaysia. Kerja pembinaannya bermula pada 14 Januari 2016 siap sepenuhnya pada 24 Disember tahun lalu. MBPP juga merancang membina kawasan rekreasi di sini untuk memberi kemudahan kepada orang ramai beriadah.

Projek jalan raya sepanjang 5.5km ini menelan belanja RM545.6 juta serta terdiri daripada tiga bahagian yang menghubungkan Paya Terubong dan Relau.

Ketua Menteri Pulau Pinang,