Input your search keywords and press Enter.

Thaipusam: Tujuh Jalan Di Sekitar Gombak Ditutup

Foto : Awani

M Udate, 17/01/2021- Tujuh jalan di sekitar Gombak mula ditutup sempena perayaan Thaipusam bermula semalam sehingga Jumaat ini.

Antara jalan terlibat ialah persimpangan isyarat Kampung Melayu, Batu Caves; susur dari arah Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ke kuil Batu Caves dan Jalan Batu Caves Lama ke pintu utama kuil. Turut terlibat, Jalan SBC 8/ Jalan Batu Caves; susur MRR2 dari Sri Gombak ke susur Perusahaan dan Jalan Perusahaan ke kuil Batu Caves.

Kita turut melakukan pemantauan semasa di Simpang tiga di lampu isyarat Sri Batu Caves di hadapan stesen minyak Shell. – Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed