Input your search keywords and press Enter.

Pengimbas Suhu Tidak Lagi Diwajibkan Di Premis

M Update, KKM bersetuju untuk tidak mewajibkan lagi penggunaan pengimbas suhu di premis.

Langkah untuk tidak mewajibkan pengimbas suhu kerana KKM mendapati ia bukan langkah yang boleh mengekang penularan COVID-19.

Selepas ini individu yang ingin masuk ke mana-mana premis tidak perlu lagi mengimbas suhu sebaliknya memadai sekadar merekodkan butiran diri menerusi imbas menggunakan aplikasi MySejahtera. Sehubungan itu, beliau menasihatkan mereka yang tidak sihat dan bergejala supaya kekal berada di rumah bagi membendung penularan penyakit. – Khairy Jamaluddin