Input your search keywords and press Enter.

PICKids Bermula 3 Februari Di Lembah Klang

M Update, 28/01/2022 – Pemberian vaksin untuk kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids) akan dilaksanakan bermula pada 3 Februari ini.

Dianggarkan seramai empat juta kanak-kanak layak menerima vaksin jenis Comirnaty10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech). Sebagai permulaan pemberian vaksin akan dilaksanakan di Lembah Klang melalui hospital bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah perubatan. Manakala bagi kanak-kanak yang tiada masalah perubatan pula di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi seterusnya diperluaskan ke sekolah dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.

KKM juga bekerjasama dengan agensi pemegang taruh lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Kemajuan Masyarakat, persatuan dan pertubuhan bagi memastikan semua kanak-kanak mendapat akses kepada vaksinasi COVID-19.

Pendaftaran melalui MySejahtera telah dimulakan. Melalui MySejahtera, ibu bapa atau penjaga boleh memilih lokasi serta waktu vaksinasi yang sesuai untuk anak mereka. Sistem Tempahan Janji Temu melalui aplikasi MySejahtera ini dibuka bagi memudahkan ibu bapa atau penjaga membuat tempahan janji temu

Penghantaran pertama akan tiba pada 28 Januari 2022 dari Belgium dan vaksin ini akan dihantar ke 52 pusat simpanan Vaksin Ultra Low Freezer (ULTF) di seluruh negara. – Datuk Dr Noor Azmi Ghazali