![](https://m-update.com/wp-content/uploads/2022/02/Screenshot-2022-02-07-at-1.32.45-PM.png)
M Update, 07/02/2022 – Beberapa pengumuman penting dijangka diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar petang ini.
Menerusi ciapan di Twitternya, perkara itu akan diumumkan menerusi sidang akhbar jam 5 petang ini.
“Status perkembangan terkini Omicron akan dibuat pada sidang akhbar mingguan saya petang ini,” ciapnya pada Isnin.
Jangkitan Covid-19 di negara ini kembali meningkat secara mendadak berikutan gelombang varian Omicron.
Terbaharu, 10,089 kes baharu dilaporkan pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhannya, 2,914,220. Jangkitan itu adalah yang tertinggi dalam tempoh empat bulan.