Input your search keywords and press Enter.

Penyanyi Apo Kono Eh Jang Meninggal Dunia

M Update, 10/02/2022 – Penyanyi yang popular dengan lagu-lagu loghat Negeri Sembilan, Mastura Domo Ismail, 65, meninggal dunia kira-kira pukul 8.40 malam tadi akibat kanser ovari.

Anak saudaranya yang juga penyanyi, Oja, 42, ketika dihubungi berkata, Allahyarham ibu saudaranya itu dibawa pulang dari Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya kira-kira jam 3 petang dalam keadaan tidak sedar.

Oja atau nama sebenarnya Daninaz Huza Daud berkata, jenazah Mastura akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Long, pagi ini.

Arwah memohon maaf kepada kami semua kelmarin dan itu membuatkan kami sebak. Itu antara tanda-tanda yang membuat kami menerima suratan Allah SWT,” katanya. Menurut Oja, sejak tahun lalu Mastura kerap dimasukkan ke hospital sebelum doktor mengesahkan Allahyarham menghidap kanser ovari tahap empat. Doktor juga tidak menyarankan untuk arwah menjalani rawatan kimoterapi kerana tubuhnya sudah terlalu lemah,” katanya.

Mastura yang popular pada era 1980-an menyanyikan lagu Apo Kono Eh Jang secara duet dengan Ally Noor. – HM Online