Input your search keywords and press Enter.

Masyarakat Cina Lebih Ramai Ambil Booster

M Update, 11/02/2022 – Pemberian dos penggalak harian di negara ini mula menunjukkan peningkatan berbanding sebelum ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, dos penggalak memberi perlindungan yang baik terutama ketika negara menghadapi gelombang Omicron.

“Sebanyak 80 peratus masyarakat Cina di negara ini sudah menerima dos penggalak, namun perlu komunikasi yang lebih mantap di Facebook kerana masyarakat Melayu (yang menerima dos penggalak) bawah 50 peratus. Sarawak terbaik (dalam penerimaan dos penggalak),” katanya dalam ciapan di Twitter tadi.

Tahniah buat rakan-rakan yang berbangsa Cina. Bagi masyarakat Melayu dan India pula jangan berlengah untuk mengambil dos pengalak. Jangan mudah terpengaruh dengan dakyah serta info yang tidak tepat mengenai dos penggalak. Dapatkan dos penggalak anda dengan segera.