Input your search keywords and press Enter.

Warga Malaysia Lembam Bakal Jalani Hukuman Gantung Di Singapura

M Update, 14/02/2022 – Seorang warga Malaysia dari Sabah, Pausi Jefridin, yang lembam atau mempunyai tahap IQ rendah, dijadualkan menjalani hukuman gantung sampai mati di Singapura pada Rabu depan.

Selain Pausi, seorang warga Singapura, Roslan Bakar akan turut menjalani hukuman mati pada hari yang sama.

Menurut wartawan Singapura yang mengikuti rapat kes berkenaan, Kirsten Han, ahli keluarga Pausi dan Roslan hanya dimaklumkan mengenai tarikh penggantungan itu pada 9 Februari lalu.

Meskipun berdepan kesukaran memasuki Singapura, difahamkan ahli keluarga Pausi kini berada di negara itu.

Pausi dan Roslan didapati bersalah menyeludup dadah jenis diamorfin seberat 96.07g dan methamphetamine seberat 76.37g pada 2010.

Menurut kenyataan oleh Anti-Death Penalty Asia Network (ADPAN), walaupun Pausi disahkan sebagai kurang upaya intelektual dengan IQ pada tahap 67, masalah kurang upaya itu ditolak hakim mahkamah.

Penghakiman menyatakan bahawa ‘tahap IQ yang rendah bukan bukti minda tidak normal’.

Sebelum ini, seorang lagi warga Malaysia dengan IQ rendah, Nagaenthran K Dharmalingam, turut berdepan dengan hukuman mati pada 10 November 2021.

Namun, dia diberi penangguhan pelaksanaan hukuman oleh Mahkamah Rayuan dan bakal berdepan proses rayuan. – AGENSI