Input your search keywords and press Enter.

Beli Kit Ujian Kendiri COVID-19 Dapat Pelepasan Cukai RM1000

Foto Sekadar Hiasan

M Update, 16/02/2022 – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) semalam memaklumkan pelepasan cukai individu sehingga RM1,000 bagi pembelian ujian pengesanan Covid-19.

Menerusi laman web LHDN, rakyat Malaysia dengan gaji tahunan sebanyak RM34,000 kebawah akan menikmati pelepasan cukai tersebut secara one-off dan beberapa manfaat lain.

“Pelepasan cukai ujian pengesanan Covid-19 itu termasuk pembelian kit ujian kendiri keatas diri sendiri, pasangan suami isteri dan anak-anak. Jumlah potongan cukai yang diberikan sehingga RM1,000 bagi tujuan pembelian kit ujian kendiri Covid-19 terbabit,” katanya melalui laman web rasmi.

Selain itu, nilai yang sama turut diberikan untuk perbelanjaan mendapatkan suntikan vaksin bagi individu, pasangan suami isteri serta anak.

“Antara jenis vaksin yang layak dibenarkan potongan adalah Covid-19, pneumococcal, human papillomavirus (HPV), influenza, rotavirus, varicella, meningococcal and TDAP combination (tetanus-diphtheria-acellular-pertussis),” ujarnya.

Dalam pada itu, kerajaan turut memberikan potongan cukai sebanyak RM2,500 untuk pembelian barangan peribadi bagi kegunaan diri sendiri, suami-isteri serta anak.

Ini termasuk pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet, bayaran bil bulanan langganan internet, keahlian untuk fasiliti sukan dan pembelian peralatan sukan.

Pada masa yang sama, LHDN turut memberi potongan sehingga RM1,000 bagi perbelanjaan bayaran penginapan di premis yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Pelancongan termasuk bayaran masuk ke tempat tarikan pelancongan.

Katanya, manfaat itu layak bagi mereka yang mengeluarkan perbelanjaan pada atau selepas 1 Mac 2020 sehingga 31 Disember 2021. -SH Online