Input your search keywords and press Enter.

Lelaki Terbakar Bersama Kereta Meninggal Dunia

M Update, 18/02/2022 – Lelaki yang melecur 96 peratus pada tubuh badannya dalam kebakaran kereta di Jalan Kampung Syed Omar di sini kelmarin, meninggal dunia ketika dalam rawatan semalam.

Pihak polis dimaklumkan oleh Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar bahawa mangsa yang kritikal sebelum itu dilaporkan meninggal dunia dipercayai sekitar jam 12 tengah hari.

Mangsa meninggal dunia selepas keadaannya agak kritikal akibat melecur dalam kejadian kelmarin. Lelaki itu mengalami luka lecur pada badannya sebanyak 96 peratus. – Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew

Mangsa dilaporkan cuba membunuh diri dipercayai kecewa dengan tindakan bekas teman wanitanya yang sudah mempunyai kekasih baru. Mangsa juga pernah beberapa kali cuba membunuh diri dan kejadian pertama pada Januari lalu di mana mangsa pernah mengelar kedua-dua belah tangan namun berjaya diselamatkan oleh keluarga mangsa.

Keluarganya telah tampil memberikan keterangan dan menjelaskan mangsa merupakan seorang pesakit psikiatri yang masih menerima rawatan sebagai pesakit luar di Jabatan HTF.