Input your search keywords and press Enter.

Skuad Lelaki Negara Muncul Juara, Tamatkan Dominasi Indonesia

Pasukan badminton lelaki Malaysia meraikan kemenangan selepas menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam. – NSTP/Aswadi Alias

M Update, 20/02/2022 – Skuad lelaki negara menamatkan dominasi Indonesia apabila merangkul gelaran sulung pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022, sebentar tadi.ADVERTISEMENT

Kejayaan itu hadir selepas Malaysia menundukkan musuh tradisi itu 3-0 dalam aksi final yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City.

Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia menyumbang mata pertama pasukan selepas menundukkan Chico Aura Dwi Wardoyo – NSTP/Aswadi Alias

Indonesia tampil dalam aksi final itu sebagai juara bertahan tiga kali berturut-turut selepas menjuarainya bermula edisi pertama pada 2016 di Hyderabad, 2018 di Kedah dan 2020 di Manila.

Pencapaian terbaik skuad negara pula sebelum ini adalah mara ke final di Manila, dua tahun lalu namun tewas di tangan Indonesia 1-3.

Mata kemenangan Malaysia disumbangkan perseorangan kedua, Ng Tze Yong yang mengetepikan cabaran Leonardo Imanuel Rumbay – NSTP/Aswadi Alias

Pada aksi semalam, jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menyumbang mata pertama pasukan selepas menundukkan Chico Aura Dwi Wardoyo 14-21, 21-12, 21-10.

Pasangan beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin apabila menang – NSTP/Aswadi Alias

Rentak kecemerlangan Zii Jia diteruskan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin apabila menang 17-21, 21-13, 21-18 untuk menyumbang mata kedua.

Tze Yong menyumbang mata kemenangan selepas menewaskan Leonardo Imanuel Rumbay pada aksi final BATC. – NSTP/Aswadi Alias
Pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong meraikan kemenangan selepas menang ke atas Rumbay Ikhsan Leonardo Imanuel pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam. – NSTP/Aswadi Alias

Mata kemenangan Malaysia dalam perlawanan itu disumbangkan perseorangan kedua, Ng Tze Yong yang mengetepikan cabaran Leonardo Imanuel Rumbay 21-14, 21-15. – BH