Input your search keywords and press Enter.

Individu Tidak Mengambil Vaksin Paling Berisiko Mati – Dr Noor Hisham

M Update, 22/02/2022 – Mereka yang tidak divaksinasi paling berisiko dijangkiti COVID-19 dengan simptom serius, termasuk mati tanpa mengambil kira faktor usia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia berdasarkan data terkini dari tempoh 24 Januari lalu hingga semalam bagi kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 dan jumlah kematian akibat jangkitan itu per 100,000 populasi.

“Data menunjukkan kumpulan individu tidak divaksinasi paling berisiko untuk dijangkiti. Pesakit kategori 4 serta 5 paling berisiko untuk mati akibat COVID-19 dan ia dapat dilihat bagi hampir setiap kumpulan umur.

“Kumpulan individu sudah menerima vaksin COVID- 19 dos penggalak adalah paling terlindung, di mana dapat dilihat kurang kes dijangkiti COVID-19 yang serius (kategori 3, 4 dan 5),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kematian akibat COVID-19 juga kurang dalam kalangan penerima dos penggalak, berbanding kumpulan tidak divaksinasi dan lengkap divaksin, tetapi tidak lengkap dos penggalak.

“Vaksin dos penggalak dapat memberi perlindungan yang terbaik daripada kematian dan gejala serius COVID-19. – BH