Input your search keywords and press Enter.

Majikan Diminta Terima Sijil Digital HSO Pekerja

Foto Sekadar Hiasan

M Update, 25/02/2022 – Semua majikan di negara ini diminta menerima sijil digital Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) dan perintah pelepasan (RO) melalui aplikasi MySejahtera yang dikemukakan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata majikan juga diminta tidak lagi mendesak pekerja untuk mendapatkan pengesahan daripada Penilaian COVID-19 (CAC) bagi kedua-dua dokumen berkenaan.

“Selepas tempoh isolasi berakhir, pesakit perlu melakukan salinan paparan skrin atau tangkap layar pada sijil digital HSO dan RO untuk makluman lanjut majikan atau pihak yang berkaitan.

“Pelaporan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan mendapati 30 peratus hingga 50 peratus kes yang hadir ke CAC bukan untuk penilaian bagi kes yang merosot semasa menjalani pemantauan di rumah.

Sebanyak 90 peratus daripadanya untuk tujuan discaj daripada HSO apabila ada pesakit atau majikan yang mendesak CAC untuk mengeluarkan notis secara bertulis,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, hal itu hanya menambah beban kerja bagi petugas di CAC ketika fokus petugas kesihatan adalah kepada aspek penilaian dan perawatan kes yang memerlukan perhatian khusus.