Input your search keywords and press Enter.

Tanah Runtuh: Identiti 5 Mangsa Dikenal Pasti

M Update, 11/03/2022 – Identiti lima mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2 di sini pada Khamis telah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, empat mangsa disahkan maut iaitu Chong Siew Kim, 85, E Ramasamy, 58, A Mahendran, 36, dan Mohd Saiful Ridzuan Ishak, 37.

Menurutnya, seorang lagi mangsa cedera iaitu Cheng Kim Cheng, 85, masih menerima rawatan di Hospital Ampang Jaya.

Proses pengecaman kesemua mangsa yang maut telah dilakukan oleh keluarga masing-masing,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian pada Jumaat. Jelasnya, proses bedah siasat melibatkan mangsa yang maut masih berjalan. Kes ini kita klasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Mohamad Farouk berkata, pihaknya akan menempatkan 30 pegawai dan anggota di lokasi kejadian bagi melakukan pemantauan tahap keselamatan melibatkan kediaman-kediaman yang dikosongkan.

Selain itu katanya, pondok polis juga dibuka di lokasi kejadian bagi memudahkan penduduk terjejas membuat laporan berkaitan kejadian tanah runtuh. – SH