Input your search keywords and press Enter.

Kehilangan Eric: Polis Klasifikasi Sebagai Kes Bunuh

M Update, 14/03/2022 – Kes kehilangan seorang kanak-kanak lelaki, Eric Chang Wei Jie, empat tahun, akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) iaitu bunuh, berdasarkan perkembangan siasatan terkini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, berkata kes itu sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Katanya, ini berikutan penahanan dua suspek utama iaitu pasangan penjaga kanak-kanak terbabit di Jalan Daya Bintawa yang kini ditahan reman bagi membantu siasatan.

Semalam, usaha pencarian mangsa ditumpukan di sekitar perairan Muara Tebas dengan bantuan pasukan Polis Marin Wilayah 5 Sarawak termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Saya turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berhubung kes ini memandangkan ia masih dalam siasatan kerana dibimbangi boleh mengganggu proses siasatan,” katanya.

Pada 7 Mac lalu, ibunya, Dynasty Chang Ka Hui, 25, membuat laporan polis di Balai Polis Bintawa berhubung kehilangan anak lelakinya itu selepas gagal mencari anaknya yang dilaporkan hilang di Bintawa Village pada jam 9.15 pagi.

Pengasuh kanak-kanak malang itu yang juga seorang suspek terdahulu menghubungi ibu mangsa dan mendakwa anaknya hilang di kawasan Bintawa Village.