Input your search keywords and press Enter.

Gaji Minimum RM1,500 Bakal Dilaksanakan Sebulan Atau Dua Bulan Lagi – Datuk Seri M Saravanan

Gambar Hiasan

M Update, 17/03/2022 – Gaji minimum RM1,500 mungkin dilaksanakan dalam tempoh sebulan atau dua bulan lagi, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

Perkara itu dimaklumkan beliau ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Pelaksanaan gaji minimum itu mendapat sokongan penuh Jemaah Menteri yang berbincang mengenai tiga minggu berturut-turut.

Beliau berkata kerajaan perlu berhati-hati dalam pelaksanaannya kerana ada syarikat yang meminta pengecualian berikutan keadaan perniagaan masing-masing selain tidak mahu ada majikan yang menggunakan alasan gaji minimum untuk membuang pekerja.