Input your search keywords and press Enter.

Rotan 5 Kali Gara-Gara Minta Tanggalkan Songkok

M Update, 01/04/2022 – Seorang murid Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) di Cheras dirotan gurunya sebanyak lima kali hanya kerana dia meminta rakan sekelas menanggalkan songkok memandangkan dia sukar melihat tulisan di papan putih.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan dibuat bapa mangsa jam 9.05 malam, Selasa lalu berkaitan anaknya yang berusia 11 tahun dirotan.

Menurut Muhammad Idzam, guru terbabit dikatakan tidak berpuas hati dengan murid itu yang meminta rakannya yang duduk di bahagian hadapan kelas menanggalkan songkok kerana dia sukar melihat tulisan di papan putih.

“Siasatan awal mendapati, guru terbabit merotan murid terbabit lima kali hingga mengakibatkan kesan calar pada badannya. Murid terbabit kemudiannya dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

“Pegawai penyiasat kes hadir ke sekolah berkenaan untuk melengkapkan siasatan namun dimaklumkan oleh pihak sekolah bahawa guru terbabit sedang bercuti dan kini berada di luar kawasan,” katanya pada kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – HM