Input your search keywords and press Enter.

Pewartaan Pelitup Muka Bukan Perubatan Ditangguhkan

M Update, 08/04/2022 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menangguhkan penguatkuasaan Pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan ke 1 Januari 2023.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata penangguhan itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas daripada umum kepada kementeriannya dan beri peluang kepada pihak industri dan pengguna untuk membuat penyesuaian sebelum pewartaan itu dilaksanakan.

“Selepas kita umumkan perwartaan ini, banyak kita terima keresahan rakyat terutamanya mereka fikir selepas ini harga pelitup muka akan dinaikkan. Sebagai kementerian yang sentiasa prihatin dan sensitif pada kehendak rakyat, selepas mengadakan perbincangan dengan pengilang jadi kita bersetuju untuk menagguhkan pewartaan ini buat sementara waktu,” katanya.

Alexander mengumumkan perkara berkenaan pada Majlis Amanat Bersama Pihak Industri Sempena Pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan dan Peranti Rokok Elektronik 2022 yang diadakan, semalam.

Semalam, KPDNHEP dalam kenyataannya memaklumkan pihaknya mewartakan produk pelitup muka itu berkuatkuasa Isnin lalu sekali gus mewajibkan pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan membuat permohonan perakuan dan penandaan MS SIRIM pada kotak atau bungkusan yang mudah dilihat pengguna.

Menurut kenyataan berkenaan, penandaan MS SIRIM hendaklah diperoleh pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd, iaitu pihak berkuasa yang dilantik kementerian. There are many free online https://casinodulacleamy.com/ video slot games currently available at the time of writing which can be played for fun and winnings without the needOur online casino has a number of attractive features: Enjoy fast security and excellent customer service.

Pewartaan itu dibuat dalam Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan), bawah Akta Perihal Dagangan 2011. Kata Alexander, penangguhan pewartaan oleh kementeriannya itu bukannya ‘u-uturn’ tetapi ia selepas mengambil kira pandangan daripada semua pihak dan tindakan sesuka hati dan ambil mudah.

“Apa yang dilakukan ini sudah mendapat pandangan dan kelulusan daripada World Trade Organization (WTO) dan perkara (pewartaan) ini kita mahu laksanakan sejak 2020, kerana kita sedar akan masalah serta lambakan sekiranya tidak dikawal.

“Namun, saya berharap kita segera memasuki fasa endemik supaya tidak lagi diwajibkan untuk memakai pelitup muka, jadi dengan pewartaan ini tidak akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, tujuan pewartaan itu bagi memastikan pelitup muka bukan perubatan yang dihasilkan dalam negara atau import mempunyai penandaan MS SIRIM, mematuhi standard dan berkualiti sekali gus menjamin keselamatan pengguna.

Katanya, keputusan itu juga dibuat bagi mengatasi lambakan barangan sub-standard dalam pasaran tempatan. Pematuhan perintah ini adalah diwajibkan ke atas pengilang dan pengimport bagi kedua-dua produk ini,” katanya. – BH