Input your search keywords and press Enter.

Indonesia Bantu Cari Penyelam Remaja Warga Belanda

M Update, 12/04/2022 – Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia menggerakkan tujuh aset pelbagai agensi, bagi mencari mayat Nathan Renze Chesters, 14, yang hilang ketika melakukan latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, pada Rabu lalu.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran, yang mengesahkan perkara itu berkata, pencarian pihak berkuasa itu meliputi utara Pulau Bintan, Indonesia. Setakat ini, tiada perkembangan lanjut mengenai penemuan mayat mangsa terakhir. Usaha pencarian giat dilakukan pihak Indonesia.

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamatkan empat penyelam itu ditamatkan jam 1.30 tengah hari, Sabtu lalu, selepas Adrian Peter Chesters, 46 dan Alexia Alexandria Molina, 18, ditemui pada kedudukan 16 batu nautika utara Pulau Bintan, di perairan Indonesia oleh nelayan kira-kira jam 1 pagi.

Adrian Peter turut memberi kenyataan kepada pihak berkuasa bahawa seorang lagi penyelam iaitu anaknya, Nathan Renze Chesters, 14 tahun, meninggal dunia selepas tidak dapat bertahan akibat terlalu lemah.

Jurulatih selam, Kristine Grodem dari Norway, ditemui pada hari Khamis lalu, lebih 20 batu nautika dari lokasi dipercayai hilang. – BH