Input your search keywords and press Enter.

COVID-19: Ubat Antiviral Paxlovid Akan Diperluaskan Ke Fasiliti Swasta

M Update, 09/06/2022 – Penggunaan ubat antiviral Paxlovid akan diperluaskan ke fasiliti kesihatan swasta yang terpilih dalam waktu terdekat.

Sebelum ini pengunaan ubat berkenaan sudah digunakan di fasiliti kesihatan KKM bagi merawat pesakit COVID-19 kategori dua dan tiga, sejak 15 April lalu. Setakat ini, seramai 1,364 pesakit COVID-19 sudah menerima rawatan menggunakan Paxlovid dan sembuh sepenuhnya tanpa sebarang kesan sampingan teruk.

“Rawatan ini terbukti selamat dan berkesan serta dapat mengurangkan kesan teruk jangkitan dan kadar kematian pesakit COVID-19. Justeru bagi memastikan akses yang lebih baik kepada pesakit, rawatan menggunakan ubat Paxlovid ini akan diperluaskan ke fasiliti kesihatan swasta terpilih dalam waktu yang terdekat. “Pemberian ubat Paxlovid kepada pesakit di fasiliti kesihatan swasta adalah secara percuma – Khairy Jamaluddin

Walaupun Malaysia sudah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik dan sempadan negara juga sudah dibuka, golongan yang berisiko tinggi seperti warga emas dan individu dengan komorbiditi, termasuk mereka yang belum menerima vaksinasi, perlu diberikan perlindungan yang terbaik supaya mereka terhindar daripada mendapat kesan jangkitan COVID-19 yang teruk.

KKM sentiasa berusaha untuk mempersiap dan melengkapkan sistem kesihatan negara dengan kelengkapan serta ubatan yang selamat serta berkualiti tinggi bagi melindungi seluruh penduduk di Malaysia daripada dijangkiti COVID-19 atau mendapat kesan jangkitan yang teruk,” katanya.

Khairy berkata, KKM yakin dengaan ubat-ubatan serta kaedah rawatan yang sentiasa ditambahbaik Malaysia kini berada dalam landasan yang terbaik untuk melalui Fasa Peralihan ke Endemik ini dengan berkesan dan selamat. – BH