Input your search keywords and press Enter.

Keputusan STPM 2021 Boleh Disemak Bermula Hari Ini

M Update, 18/08/2022 – Calon-calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 boleh menyemak keputusan masing-masing apabila ia dikeluarkan hari ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, calon-calon sekolah boleh mendapatkan slip keputusan peperiksaan STPM di sekolah masing-masing bermula jam 12 tengah hari.

Calon sekolah dan calon persendirian pula boleh membuat semakan keputusan STPM 2021 menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM/nombor kad pengenalan/angka giliran dan hantar ke 15888.

Kata kenyataan itu, sistem tersebut akan diaktifkan mulai jam 11 pagi pada 18 Ogos hingga 12 tengah hari pada 28 Ogos.

Selain itu, semakan juga boleh dibuat menerusi secara dalam talian untuk dapatkan slip keputusan penuh STPM 2021 bermula jam 12 tengah hari.