Input your search keywords and press Enter.

Polis Kesan Lelaki Gunting Jalur Gemilang

M Update, 18/08/2022 – Polis mengesan seorang lelaki yang dilihat menggunting Jalur Gemilang dipasang tepi jalan berhampiran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di sini, selepas perbuatannya tular di media sosial, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, polis belum menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Tiada laporan setakat ini. Tindakan mengesan individu yang melakukan perkara itu sedang dijalankan,” katanya ringkas malam tadi.

@iekakartika__

Dia rosakkan bendera malaysia wey , org tegur dia marah balik.. Tolong bgi viral biarr dia dapat balasan

♬ original sound – AfiqNeyo – AfiqNeyo

Rakaman video berdurasi 38 saat yang dimuat naik di TikTok menunjukkan lelaki berbaju merah dan memakai topi itu memegang gunting dan merosakkan beberapa kain bendera.

Difahamkan, ada pengguna jalan raya yang melihat kejadian menegur perbuatannya namun dimarahi. – Harian Metro