Input your search keywords and press Enter.

‘Kes Buli Di Sekolah Jangan Disorok’ – Radzi Jidin

Foto Sekdar Hiasan

M Update, 18/08/2022 – Pihak sekolah diberi amaran untuk tidak menyorokkan kes buli yang berlaku di premis masing-masing.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata ia penting bagi membolehkan pengurusan sekolah memahami masalah yang berlaku dan menyelesaikannya.

Beliau berkata, perbuatan buli bukan hanya berlaku di Malaysia malah di seluruh dunia memandangkan tidak ada sesiapa pun yang sempurna.

“Apabila bercakap mengenai kes buli, apabila kita bercakap mengenai mencuba dadah kita tahu bahawa ia berlaku dan sebab itu kalau kita nak selesaikan masalah.

“Pertama sekali kita kena tahu apa masalah. Kita tidak perlu berselindung. Kita tidak perlu nak sorokkan.

“Sebab itu ketika saya masuk kementerian, jika ada kes buli kita tak pernah sorokkan. Maka kita maklumkan pada pihak sekolah jangan ada sesiapa yang cuba sorokkan kes-kes ini,” katanya.

Radzi berkata, untuk menjadikan sesebuah sekolah itu selamat, ia memerlukan kerjasama semua pihak termasuk masyarakat setempat. – Berita Harian