Input your search keywords and press Enter.

BNM Umum Naik OPR, Kali Ketiga Untuk Tahun Ini

M Update, 08/09/2022 – Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus.

Ia adalah kenaikan kali ketiga berturut-turut tahun ini untuk kadar penanda aras pinjaman dan simpanan sejak Mei dan Julai lalu, dengan masing-masing sebanyak 25 mata asas kepada 2.25 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelum ini.

Keputusan kenaikan OPR itu diputuskan MPC pada mesyuarat dasar monetarinya yang diadakan selama dua hari bermula semalam. – Berita Harian