Input your search keywords and press Enter.

Kehadiran Pasukan Forensik Di Rumah Zarina Jadi Tanda Tanya

M Update, 07/09/2022 – Kehadiran pasukan forensik Bukit Aman di rumah bekas personaliti TV3, Zalina Azman di sini menimbulkan tanda tanya penduduk di kawasan perumahan itu.

Maklumat kehadiran pasukan itu turut dikongsi dan tular di aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan ringkas mengesahkan mengenai kehadiran pasukan forensik pagi tadi.

“Kira-kira jam 10 pagi semalam pihak Forensik Bukit Aman hadir membuat pemeriksaan di sekitar rumah Orang Hilang (OH) itu.

“Ia bagi mencari jika ada terdapat bukti-bukti baru. Hasil pemeriksaan yang dijalankan tiada apa-apa petunjuk untuk perkembangan siasatan kes OH ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Media sebelum ini melaporkan polis giat mencari Zalina dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.

Kehilangannya dilapor anak lelaki Zalina, Mikhael Norman, 33, selepas gagal menghubunginya sejak 24 November 2021. – Harian Metro