Input your search keywords and press Enter.

Sekurang-Kurangnya 56 Maut, 700 Cedera Gempa Bumi Di Cianjur Indonesia

Foto: Media Sosial

M Update, 22/11/2022 – Sekurang-kurangnya 56 orang terbunuh manakala 700 lagi cedera akibat gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda daerah Cianjur, wilayah Jawa Barat.

Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil pada sidang media yang disiarkan oleh Kompas TV, berkata data itu daripada pasukan ketua daerah di wilayah yang paling teruk di landa gempa bumi.

Foto: Media Sosial

“Kerana masih ramai orang terperangkap di tempat kejadian, kami mengandaikan kecederaan dan kematian akan meningkat dari masa ke masa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia Suharyanto berkata kawasan yang terjejas teruk termasuk perkampungan Limbangan Sari.

Foto: Media Sosial

“Ramai mangsa cedera akibat ditimpa bangunan yang runtuh,” katanya ketika sesi taklimat yang disiarkan stesen televisyen tempatan.

BNPB akan menghantar sebuah helikopter bagi memudahkan pengurusan bencana, pemindahan dan pengagihan logistik, katanya.

Foto: Media Sosial

Jurucakap BNPB, Abdul Muhari dalam satu kenyataan berkata, pegawai masih mengumpulkan maklumat dan setakat ini 343 rumah dilaporkan rosak.

“Banyak infrastruktur termasuk sekolah, hospital, pejabat kerajaan turut terjejas,” katanya.

Penduduk di kawasan Jakarta dan Bekasi dilaporkan merasai gegaran pada jam 1.21 petang waktu tempatan.

Foto: Media Sosial

Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud di darat di kesan di Cianjur di Jawa Barat, pada kedalaman 10 km (6.21 batu).

Gegaran berlanjutan hampir 15 saat di Cianjur dan kurang tujuh saat di Bandung, Bogor, Sukabumi.

Foto: Media Sosial

Abdul Muhari berkata, 32 mukim di Cianjur dilaporkan berpotensi mengalami gempa bumi sederhana hingga tinggi berdasarkan sistem amaran awal pelbagai bahaya, inaRISK. – Berita Harian, BERNAMA